Tuesday, September 4, 2012

Cinta HaRa~ kembali berputik?

Adakah cinta kembali berputik? Setelah enam bulan berlalu... Zara berbaik semula bersama Hakim. Setiap detik pasti akan menghubunginya walaupun tiada point untuk berbicara. Namun, Zara berusaha untuk bertemu semula dengan Hakim. Diingat kembali, saaat2 indah bersama sejak perkenalan mereka dua tahun lalu. Terlalu banyak kenangan yang indah serta pergaduhan berlaku. Itu semua disebabkan salah faham antara mereka dan kedengkian yang melampau. Tapi, itu semua cerita dahulu. Biarkan saja ia berlalu. Tapi, Zara yakin suatu hari nanti psti Hakim akan kembali semula kepadanya kerana tahap kesetiaannya melebihi segalanya.

Zara juga berjanji yang dia akan menerima seadanya kerana manusia tidak sempurna. Zara tahu bahawa Hakim perlu bimbingan. Zara jua sebegitu. Tapi, cintanya terhadap Hakim tidak akan luntur meskipun Zara mempunyai ramai kenalan dan ramai yang inginkan cintanya.

Zara berharap yang suatu hari nanti, dia akan ketemu kembali dengan Hakim yang tidak jauh darinya. Zara yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara, Jengka, Pahang dan Hakim pula di Kolej Matrikulasi Pahang.

No comments:

Post a Comment