Monday, October 8, 2012

Dilamar ?

             Zara menangis bukan kerana terharu. Bukan kerana sedih? Tapi dia buntu... Dia x tahu adakah dia perlu menerima lamaran dari Azam? Bagaimanakah perasaannya terhadap Hakim? Apa yang perlu dia lakukan... Ya Allah, istikharah sahaja yang menjadi panduanku... Ya, inilah jalannya. Pada malam itu juga Zara mengerjakan istikharah. Dia juga menyuruh Azam istikharah. Pada malam itu juga, Zara menelefon Hakim.

" Assalamualaikum. Hakim. Busy x?, "

" Waalaikumsalam. Xmane pun. Kenape?,"

" Hakim.... Hakim syg Zara x? Hakim... dah berpunye ke, "

" Eh..Zara... Ape yg Zara merepek ni? Hrmm... xpun. Hakim malas nak amik peduli ni........,"

belum sempat Hakim menghabiskan percakapannya, Zara mencelah...

" Zara serious ni ! Hakim...kalau Hakim dah berpunye cakap ! Kalau x, takpelah... ,"

" Kenape ni Zara, tibe-tibe je? Okaylah, Hakim rase buat mase sekarang ni, kita kawan. Tapi masa akan datang, taknak fikir lagi, "

" Terima kasih. Bukan ape...Zara takut lepas ni Zara kan jadi milik orang. Zara belum bersedia lagi, "

" Okaylah...takpe. Kalau jodoh ade. InsyaAllah kite kan bertemu,"

Telefon dimatikan. Mengalir lagi air mata Zara. Dia sayangkan Hakim. Tapi..belum tentu dia akan  tinggalkan Hakim. Tapi.....dia xtahu apa yg akan terjadi seterusnya. Hanya doa dan tawakkal sahaja yang tinggal. Dia sayangkan Hakim. Tapi kasihankan Haikal. Juga Azam yang bakal melamarnya.

Telefon berdering lagi, mematikan tangisan Zara. Dilihatnya pada skrin, "M. Azam"

" Hello.. Assalamualaikum. Ye saye? ,"

" Waalaikumsalam, Zara. Awak terima x?, "

" Azam...Maaf, Zara masih belum bersedia tuk semua ni, Zara...., "

" Azam akan tunggu Zara balik. Azam dah bagitau kat mak Azam. Mak Azam on je, "

" Zara..................., "

" Lepas Zara balik kita tunang then lepas habis je Zara belajar kita kahwin, "

" Zara.............,"

" Takde ape dah kan? Okay...Assalamualaikum. Jangan lupa tau, "

Telefon dimatikan. Berderai kembali air mata Zara. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Ya Allah, istikharahlah sahaja yang aku rasakan cara yg paling akhir. Bantulah hambaMu ini. Ameen~

Thursday, October 4, 2012

Tolong Zara!

kehadiran haikal menjadi tanda tanya. mengapa perlu dia munculkan diri? mengapa selama ini orang yang x disangka2 selama ini menjadi apa yg x dpt dijangka? Zara buntu. sejak bilakah Haikal telah memendam perasaan padanya? Mengapa baru kini Haikal bersuara? Sejauh manakah perasaan Haikal itu? Sebenarnya itu semua masih belum terlambat untuk Haikal namun Zara masih dalam dilema. Semakin hari dirasakan semakin banyak dugaan yang perlu ditempuhinya. Sudahlah masalah Azam masih belum lagi selesai. Pada masa yang sama, Azam mahu melamar Zara tapi bagi Zara, masih terlalu awal untuk semua itu berlaku. kAdang kala dia  berasa bersalah kerana memberi pengharapan kepada Haikal untuk menunggunya. Dia takut untuk berdepan dengan takdir g bakal ditempuhinya akan datang. Adakah hatinya untuk Haikal? Azam? atau siapa? Istikharah adalah cara yang terbaik untuk masalah ini.

Usainya istikharah, bunyi nada rendah menandakan sms masuk ke peti inbox.

" Kadang-kala, benda yg tiada di minda kita xboleh nak jangka. Kadang2 apa yg kita mahukan x semestinya bakal kita dapat dan kadang2 apa yang kita xjangka akan berbalik kd kita. "

sayang Ummi~

manitis air mata mencurah-curah setelah membaca mesej tersebut. Zara masih buntu dan takut utuk menempuhi hari2 yg bakal mendatang. Dia takut apa yg bakal terjadi selepas ini. Hatinya masih belum milik siapa2 lagi tetapi masih belum tentukan siapa yg bakal menjadi peneman hidupnya nanti. Dia juga takut orang yang mengharapkannya akan kecewa di kemudian hari. Zara pun telah lama berpesan setiap kali kepada teman2 nya.

" Kalau betullah awk nk jadi peneman hidup sy, tunggulah lagi 7 tahun. Selepas itu kita dapat lihat sama ada jodoh kita masih ada atau sebaliknya. Tapi, sy harap awk xberharap untuk saya takut kan menyesal d kemudian hari. Selepas 7 tahun, jika awak untuk saya, temukanlah diri awak pada keluarga sy, "

itu sahaja janji Zara kepada emua lelaki2 yang menunggunya.

Tuesday, September 4, 2012

Cinta HaRa~ kembali berputik?

Adakah cinta kembali berputik? Setelah enam bulan berlalu... Zara berbaik semula bersama Hakim. Setiap detik pasti akan menghubunginya walaupun tiada point untuk berbicara. Namun, Zara berusaha untuk bertemu semula dengan Hakim. Diingat kembali, saaat2 indah bersama sejak perkenalan mereka dua tahun lalu. Terlalu banyak kenangan yang indah serta pergaduhan berlaku. Itu semua disebabkan salah faham antara mereka dan kedengkian yang melampau. Tapi, itu semua cerita dahulu. Biarkan saja ia berlalu. Tapi, Zara yakin suatu hari nanti psti Hakim akan kembali semula kepadanya kerana tahap kesetiaannya melebihi segalanya.

Zara juga berjanji yang dia akan menerima seadanya kerana manusia tidak sempurna. Zara tahu bahawa Hakim perlu bimbingan. Zara jua sebegitu. Tapi, cintanya terhadap Hakim tidak akan luntur meskipun Zara mempunyai ramai kenalan dan ramai yang inginkan cintanya.

Zara berharap yang suatu hari nanti, dia akan ketemu kembali dengan Hakim yang tidak jauh darinya. Zara yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara, Jengka, Pahang dan Hakim pula di Kolej Matrikulasi Pahang.

Monday, September 3, 2012

Bermulanya kisah si Zara dan Azam ....

               Nanti I nak kumpul2 and match2 baliklaaa...hehe.. Cos nampak serabut bagai aje..mwehehehehe~

  "Hai awak..boleh kita berkenalan?"...


Teringat di pelusuk jiwa tatkala kali pertama mereka berkenalan. Semuanya melalui facebook.. Mengenali Zara dari akaun sosial itu membuka hati Zara untuk menerima Azam seadanya.. Pada mulanya, niat Zara hanya untuk permainkan Azam disebabkan perangainya yang seperti playboy  itu, membuatkan Zara geram dengannya. Namun, segalanya berubah.

     Memanglah indah saat bersama, apabila berpisah terasa rindu di jiwa. Tapi, perasaan bersalah Zara kepada Haiza semakin menebal. Mahunya dia meenceritakan segalanya kepada Haiza. Tetapi, apabila difikirkan semula, kebarangkalian mereka untuk putus persahabatan itu ada.

------::::::::::::::::::::::::::::::::::bersambung.......nak gi mandie...yahahhaaha~::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

WATAK & sinopsis (dalam perbincangan)

                                                                  CINTA SI PENA UNGU :
Zara) Nurul Izara Qalisya Abdul Halim 
Haiza) Saidatul Norhaizah Zamani
Azam) Mohamad Aizam Mohd Razak
Emma) Sharifah Nurnnaemma Syed Norazman
Iqbal) Tengku Iqbal Shah Tengku Zamri
Adli) Aidil Adli Azharuddin
Hakim) Hakim Putra Ahmad Fawzan
Mohd Zaiful Islam Mohd Hanafi

Mohd Razak + Seri Aisyah
Abdul Halim + Noraziela
Zamani + Sharifah Khadijah

SINOPSIS :
    menceritakan tentang liku2 kehidupan yang telah dilalui oleh zara yang mempunyai 1001 persoalan di hati sama ada kisah percintaan, persahabatan, kekeluargaan. Dia buntu untuk mencari cintanya yang sebenar. Di manakah sebenarnya perasaan hatinya? Belum ketemu jalan penyelesaian. Diiringi dengan konflik2 jiwa yang merundum perasaan menyebabkan Zara tidak dapat mengenalpasti di manakah dirinya yang sebenar. Dengan bantuan ibu bapanya, dia berusaha untuk bangkit dan bertemu dengan jodoh keluarganya, Iqbal. Tetapi, adakah Zara akan bahagia?



Saturday, August 25, 2012

Title 1- 24/8

     Dalam suram keheningan malam... Zara masih merenung terdiam. Masih berfikir apa yang telah diucapkan oleh Azam sebentar tadi amat memeranjatkan.

"Azam nak kawin  dengan aku? Biar benar...", dengus hatinya.


" Zara tau tak yang abang mase bawak moto abang mesti akan ingat Zara setiap masa,"
" Abang tipu..",


"Taklah.. Abang cakap betul ni... Sumpah.. ",
" Eish Abang ni... tak baik main sumpah2... kang makan sumpah... Dahla kilat sabung-menyabung ni,"
" Betul... "

Zara masih dalam teka-teki.. Dia tidak tahu apakah yang diucapkan oleh Azam sebentar tadi benar atau sebaliknya. Tapi, setelah Zara berfikir semula, dia patut melepaskan Azam. 

" Abang... Zara rase yang Zara xnak lagi fikir semua ni. Zara masih jauh lagi untuk fikirkan hal ini. Zara masih ada 7 tahun untuk semua ni. Abang..maafkan Zara. Zara dah tetapkan hala tuju Zara. Zara nak belajar diploma selama 3 tahun. Selepas tu, Zara akan sambung degree 4 tahun. Abang,.... abaikan Zara. Zara ade hala tuju sendiri. Abang jangan risaukan Zara. Zara tahu untuk menjaga diri. Lepas tu, kawin ke tidak... tu semua ketentuan Tuhan,"
" Baguslah.. kalau Zara dah tetapkan macam tu. Macam mane lagi  abg nk ckp kn... Lagipun Zara dah ade  hala tuju. Abang, masih fikir ape yg bakal terjadi lepas ni. Lagipun, abang memang nak mengharapkan Zara. Tapi.. Zara dah ckp macam tu. apelagi yang abg nk ckp.."

" Lagipun... Ayah Haiza macam xske abang je. Macam xrestukan abg dgn Haiza je ."

Bila Zara fikirkan kembali, Azam sebenarnya seperti mahu memainkan perasaan Zara. Jika Azam tidak dapat Haiza, dia akan bersama Zara. Tapi sekiranya dai bersama Haiza, pasti Zara diketepikan..

" Ahhh..sudahlah! Aku ade hidup aku sendiri. Aku malas nak fikir dah pasal ni. Aku benci semua ni! Kenapa aku kenal dengan dia? ," getus hati Zara marah.


Ungu 3

                                    Zara masih terbungkam. Perasaannya masih bercampur-baur.. Perlukah dia mencintai Azam sepenuhnya? Adakah cinta Azam benar-benar untuknya? Dia juga buntu... Sedangkan sudah diketahui bahawa si Azam sudah mempunyai yang lain, Haiza....

Emma selaku sahabat Zara telah beberapa kali measihati Zara supaya melepaskannya,, Tetapi hambar sahaja perasaanya... Difikirkan bahawa dia dan Haiza bersahabat. Tapi dalam diri dia juga menyintai Azam. Perlukah semua itu? Azam pula dalam dilema. Masih berfikir mana satu yang patut dipilihnya. Cerita ini tidak akan ke penghujungnya barangkali.